5 Tips Mencipta Headline Menggoda

Sebelum saya menulis lebih lanjut, ingin saya bertanya kepada anda mengapa membuka posting ini ?

tips-cipta-headline

Ini kerana anda tertarik dengan headline diatas. Headline antara perkara penting dalam mencipta iklan untuk bisnes anda atau dalam erti kata lain headline iklan boleh diumpamakan sebagai nyawa kepada iklan tersebut. Namun untuk mencipta mempunyai kemahiran dalam mencipta headline yang menggoda, memerlukan latihan yang konsisten.

Justeru, bagaimana ingin mencipta headline yang menggoda ?

Objektif utama headline adalah untuk menarik minat prospek membaca keseluruhan iklan kita. Jadi di dalam artikel ini, kita akan belajar bagaimana mencipta headline yang menggoda.

  • Headline menggunakan nombor

Headline yang menggunakan nombor dapat menarik perhatian pembaca lebih efektif ini kerana mata manusia lebih tertarik pada ayat yang mempunyai nombor lebih daripada ayat yg keseluruhannya mengandungi perkataan sahaja.

TIPS MUDAH MENGHILANGKAN JERAWAT

5 TIPS MUDAH MENGHILANGKAN JERAWAT

Semestinya headline “5 TIPS MUDAH MENGHILANGKAN JERAWAT“  lebih menarik daripada headline “TIPS MUDAH MENGHILANGKAN JERAWAT”

Kalau kita lihat judul buku di kedai buku, kebanyakkan judul buku menggunakan nombor untuk menarik perhatiaan mata pelanggan.

 

  • Nombor headline dalam bilangan ganjil

Manusia lebih berminat untuk melihat sesuatu yang bersifat ganjil lebih daripada genap kerana ianya sendiri bersifat unik dan menarik. Sebagai contoh :

4 Strategi Pemasaran Utama

5 Strategi Pemasaran Utama

Yang pastinya anda akan lebih tertarik untung membaca yang 5 Strategi Pemasaran utama bukan ?

 

  • Headline huruf besar

Tajuk iklan anda akan ada 2 bahagian, 1 headline dan 1 lagi subline. Headline adalah tajuk utama iklan manakala subline adalah penerangan ringkas berkenaan kandungan iklan anda. Jika headline dan subline mempunyai jenis tulisan yang sama, pelanggan tidak dapat kenalpasti mana satu headline yang kita mahu tekankan. Justeru headline wajib berhuruf besar untuk pelanngan kenalpasti yang mana satu kita ingin fokuskan dan bertujuan untuk menarik perhatian mereka.

3 Rahsia Berwajah Kekal Muda

3 RAHSIA BERWAJAH KEKAL MUDA

Jika lihat diantara 2 headline diatas, pastinya yang headline berhuruf besar lebih menarik perhatian daripada yang biasa.

 

  • Headline berbentuk soalan

Antara salah satu teknik menggoda mencipta headline adalah memcipta headline dalam bentuk persoalan atau pertanyaan. Disini kita cuba untuk menimbulkan rasa ingin tahu kepada pelanggan berkenaan kandungan yang kita akan terangkan selanjutnya. Untuk mencipta headline berbentuk persoalan, boleh menggunakan formula 5W 1H.

Who      : Siapa
What     : Apakah
Where  : Dimana
Why       : Mengapa
When    : Bila
How       : Bagaimana

Sebagai contoh :

3 RAHSIA BAGAIMANA HILANGKAN BUNCIT

9 SEBAB MENGAPA ANDA WAJIB MENGGUNAKAN PRODUK XYZ

 

  • Headline tidak lebih daripada 9 patah perkataan

Headline yang terlalu panjang akan membuatkan pelanggan hilang minat untuk membaca. Pelanggan mahukan arahan yang pendek , ringkas dan mudah difahami. Daripada kajian TRS Training buat, iklan lebih daripada 9 patah perkataan mendapat tindakbalas yang kurang berbanding headline yang ringkas dan mudah difahami maksud yang ingin disampaikan.

Mengikut Tuan Daniel (http://danialde4.blogspot.my/) , untuk memudahkan kita menghasilkan headline yang menggoda, boleh menggunakan formula ini.

Trigger : Tarik perhatian pembaca dengan menggunakan tips sebelum ini, mulakan dengan nombor, nombor ganjil, pertanyaan atau huruf besar.

Keyword : USP yang anda ingin tekankan kepada pelanggan

Promise : Mafaat, apa yang pelanggan dapat?

Sebagai contoh

7 RAHSIA FORMULA AJAIB JANA RM30K SEBULAN

9 FAKTA WAJIB BACKPACKERS JIKA KE VIETNAM

 

Justeru, menulis headline ini memerlukan latihan dan praktikal yang banyak supaya kita membiasakan diri. Semua orang bermula dengan kosong, jadi wajib kita praktis setiap hari menulis bermula dengan menulis di wall facebook sendiri.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *