5 Tips Mudah Mengenal Pelanggan

Ramai usahawan berkeinginan untuk menjual produk mereka kepada semua orang. Ianya bukan satu perkara yang tidak bagus kerana sasaran pelanggan mereka semakin besar, dan semakin ramai yang boleh membeli produk mereka.

tips-mudah-mengenal-pelanggan

Namun jika budget pemasaran mereka terhad, untuk sasarkan market yang besar adalah satu strategi pemasaran yang kurang bagus. Ini kerana dengan budget pemasaran yang terhad, mereka sepatutnya sasarkan pada sasaran pelanggan  lebih kecil dan lebih tertumpu, supaya budget pemasaran mereka pergi kepada orang yang inginkan dan perlukan produk tersebut.

Justeru itu, untuk usahawan yang baru bermula dan ingin menceburi platform pemasaran online, amat penting anda mengenal terlebih dahulu pelanggan yang berpotensi besar inginkan dan memerlukan produk anda. Disini kami ingin kongsikan 5 tips mudah untuk mengenal pelanggan dan kita mengambil contoh produk krim foundation.

1. Demographic (kawasan)

Anda boleh sahaja sasarkan pada kawasan yang besar, sebagai contoh anda sasarkan satu malaysia. Tapi dengan budget pemasaran anda yang terhad, iklan anda mungkin hanya mampu mencapai ke kawasan pendalaman. Anda boleh kecilkan sasaran pelanggan anda dengan menyasarkan iklan anda hanya kepada kawasan tertentu sebagai contoh bandar-bandar besar seperti johor bahru, kuala lumpur, ipoh dan putrajaya.

2. Umur pelanggan

Anda boleh sasarkan pada pelanggan yang berjantina wanita berumur 21 tahun keatas yang kebanyakkannya sudah mula menggunakan krim foundation. Namun dengan budget pemsaran anda yang terhad, anda boleh terus sasarkan pada lingkungan umur sasaran pelanggan yang lebih mudah membeli dan memerlukan krim foundation ini. Sebagai contoh wanita yang dalam lingkungan umur 35 tahun sehingga 45 tahun lebih ramai yang menggunakan krim foundation.

3. Status pekerjaan

Pelanggan anda terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan, dan anda boleh sasarkan pada pekerjaan pelanggan yang paling banyak memerlukan produk anda. Sebagai contoh, wanita yang banyak terdedah kepada cahaya matahari lebih bercenderung mempunyai jeragat, seperti kontraktor, quantity surveyor, dan engineer.

4. Hobi

Pelanggan anda juga mempunyai hobi yang berbeza-beza mengikut latar belakang individu. Namun anda perlu mengenalpasti diantara hobi-hobi tersebut, apakah hobi yang paling ramai digemarkan oleh pengguna produk anda itu. Salah satu cara untuk anda mengenal pasti adalah dengan menggunakan borang survey kepada bekas pelanggan-pelanggan anda. Sebagai contoh, wanita yang mempunyai masalah jeragat kebanyakkannya suka melawat page facebook “Galeri Ariani” dan ini sudah cukup untuk anda spesifikkan lagi sasaran pelanggan anda.

5. Status perhubungan

Status perhubungan memainkan peranan penting dalam ingin mengenal sasaran pelanggan anda kerana setiap status perhubungan seperti single, berkahwin, dan lain-lain lagi mempunyai kuasa membeli yang berlainan untuk berlainan jenis produk. Sebagai contoh, wanita yang berkahwin lebih cenderung untuk membeli krim foundation berbanding wanita yang belum berkahwin, ini kerana wanita berkahwin mempunyai keinginan ingin menjaga wajah untuk pasangan mereka.

Kesimpulannya, mengenal pelanggan juga adalah salah satu seni dalam pemasaranm dan ianya adalah langkah pertama dalam memulakan pemasaran untuk semua jenis produk dan bisnes. Semoga bermanfaat.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *