Aku, Dia dan Pemasaran Facebook Percuma

Seminar Pemasaran Facebook Ads Percuma

Seminar Pemasaran Facebook Ads Percuma

Pernah satu ketika dulu saya bertemu dengan seorang lelaki yang mahu berjaya di dalam hidup. Dia tidak belajar tinggi, hanya setakat SPM. Tapi dengan keputusan SPM itulah dia menjadi penjawat awam.

Dia pandai berkata-kata sehingga saya tertarik untuk tahu tentang kisah hidupnya. Dia telah berkahwin dengan seorang penjawat awam jawatan tinggi. Perbezaan gaji dia dan pasangan buat dia rasa dirinya kecil.

Dengan kesedaran itu, dia nekad  mahu mengubah hidupnya. Dia mahu jadi ketua keluarga yang boleh menyara keluarga tanpa menggunakan wang isterinya. Dia kata sanggup lakukan apa sahaja untuk sukses.

Melihat kesungguhan itu, saya dengan berlapang dada mahu membantu dia.  Saya berikan tunjuk ajar dan peluang dalam bisnes. Antaranya, ilmu Facebook Ads percuma.

Pada mulanya semua kelihatan baik-baik sahaja. Tapi ada satu perkara yang saya perhatikan tentangnya.

Setiap kali dilanda masalah, dia akan cepat down dan putus asa. Dia jadi low esteem dengan dirinya sendiri.

Keadaan menjadi semakin jelas apabila setiap kali diberikan cadangan atau mahu dia belajar atau buat sesuatu untuk pembelajarannya.

Dia berikan 1001 alasan. Antara alasan yang biasa meniti di bibirnya ialah:

“Saya tak tahu.”

“Saya tak pandai.”
“Saya tak yakin nak buat.”

Alasan-alasan seperti itu telah menyekat dia dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Alasan itu juga telah menjadi batu penghalang dia untuk menjadi orang sukses.

Dalam masa yang sama, dia menyedari itu semua. Dia sedar sikapnya itu telah membuatkan dia jadi tidak fokus dengan apa yang mahu dicapai. Mulut, dan hatinya tidak seiring.

Saya berikan dia peluang kedua dengan menawarkan kerja part time yang dia boleh lakukan untuk raih pendapatan tambahan.

Melihat dia selesa melakukan kerja itu, saya katakan kepadanya apa yang dia lakukan sekarang ini sama seperti makan gaji.

Apabila saya mahu teruskan sesi mengajar dia berbisnes secara online dan menguasai Facebook Ads, lagi sekali responnya mengecewakan:

“Saya susah nak online… Saya tak reti lah.”

Dia hanya mahu diberikan kerja sahaja. Pendek kata, dia mahu saya berikan kepadanya ‘ikan’, bukan ‘batang pancing’.

Sedangkan bagi saya pula, ‘batang pancing’ itulah yang baik untuk dia bagi jangka masa panjang. Tapi dia tak nampak semua itu.

‘Batang pancing’ itu ialah ilmu. Saya percaya ilmu boleh berkembang sekiranya faham bagaimana mengaplikasikannya dalam situasi sebenar.

‘Ikan’ pula ialah wang. Saya percaya wang yang banyak akan habis sekelip mata sekiranya tiada ilmu.

Hinggalah satu hari, dia datang kepada saya dan kata mahu berhenti kerja kerajaan. Saya terkejut. Dia kata dia selesa dengan apa yang dia sedang lakukan di bawah pemantauan saya ini.

Saya risau kerana sikapnya masih sama: suka beralasan. Saya risau dia akan hilang mata pencarian tetap jika berhenti kerja dan dalam masa yang sama masih bersikap begitu.

Puas saya menasihatinya kerana bagi saya dia belum bersedia. Tapi dia tetap nekad dengan keputusannya. Dia pulang ke salah sebuah daerah di Johor dan memulakan hidup baru.

Saya masih berikan tunjuk ajar secara online kepadanya. Tapi lama-kelamaan dia makin senyap dan akhirnya hilang daripada pengetahuan saya.

Ternyata telahan saya benar. Sikapnya yang suka beralasan telah menyebabkan hidupnya makin sengsara.

Walaupun dia telah diberikan ilmu dan tunjuk ajar, otaknya telah termakan dengan segala kata-kata alasan yang bersifat negatif.

Dia seorang lelaki yang mahu berjaya tapi sikap beralasan membuatkan dia jadi seperti pasrah dan tidak yakin boleh melakukannya dengan baik.

Akhirnya hidup dia tidak kemana-mana. Masih di takuk sama. Malah, lebih teruk selepas hilang pendapatan tetapnya.

Dan dia masih beralasan: “Saya tak pandai… Awak tak faham apa yang saya alami… Saya dah cuba tapi susah.”

Saya speechless.

Dia telah diajar tentang rahsia kenali pelanggan, teknik copywriting, setting Facebook Ads, closing sales, follow up customer dan lain-lain lagi oleh saya. Tapi dia end up jadi begitu kerana sikapnya sendiri.

Jika anda diberikan peluang seperti lelaki itu, di mana anda diberikan tunjuk ajar di dalam seminar Facebook Ads percuma, adakah anda akan mensia-siakan peluang itu?

Saya serius mahu membantu anda.

Yang saya perlukan hanyalah fokus anda di dalam sesi pembelajaran, rajin melakukan apa yang telah diajarkan dan bertindak tanpa beralasan selepas hadiri seminar Facebook Ads percuma yang saya adakan setiap bulan.

Again. Satu pinta saya sebelum anda Whatsapp ke 0174881002 untuk hadiri seminar Facebook Ads percuma ini, atau daftar di trstraining.com.my/dsr-mega/

iaitu: Jangan jadi macam lelaki itu!

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *