7 Kesan Yang Akan Berlaku Selepas Anda Menghadiri Bengkel #DemiSekepingRoti

#DemiSekepigRoti

7 Kesan Yang Akan Berlaku Selepas Anda Menghadiri Bengkel Bisnes Ini

Dengan prinsip lebih banyak kita memberi, maka lebih banyak kita dapat, pengasas TRS Training & Consultancy Sdn Bhd, Suhaimi Umar (#AbeMie), 37, kerap melakukan bengkel Facebook percuma kepada orang ramai yang minat berbisnes di atas talian (online).

Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti, seunik namanya telah banyak membantu peniaga dan bakal peniaga memahami kegunaan Facebook dalam menjalankan bisnes yang sekaligus membantu mereka menjana pendapatan lumayan.

Mungkin anda fikir apalah sangat bengkel percuma. Pasti ia tidak signifikan dan hanya perkara-perkara asas sahaja diajar. Namun, bukan itu respon mereka yang pernah hadir ke bengkel #DemiSekepingRoti ini.

Ini 7 kesan ke atas pelajar selepas menghadiri Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti:

1. Mudah Difahami

Ia sesuai dihadiri oleh mereka yang buta IT kerana ayat dan contoh yang digunakan begitu mudah difahami oleh peserta.

2. Ubah Mindset

Pelajar ditekankan kepentingan mindset sebelum melakukan apa saja. Ini kerana mindset yang betul akan mempermudahkan gerak kerja yang mahu dilakukan kelak.

3. Ayat Jualan

Salah satu faktor kejayaan FB Ads ialah ayat jualan yang mempunyai faktor ‘wow’. Antaranya meringkaskan ayat tetapi padat dengan info penting agar selesa dibaca oleh prospek dengan harapan mereka akan bertukar menjadi pelanggan.

4. Mengenali Prospek

Teknik mengenalpasti prospek melalui warna otak manusia ini menarik perhatian pelajar. Otak manusia didedahkan mempunyai 4 warna yang berbeza yang menunjukkan cara berfikir yang berbeza. Maka, pelajar diajar tentang ini agar tidak buat sembarangan dan syok sendiri apabila mahu buat sales.

5. Kos Iklan

Jangan tengok kos iklan kerana ia tidak begitu penting berbanding sales yang datang daripada pengiklanan yang dilancarkan.

6. Langkah Penting Bisnes

Kumpul database, follow up pelanggan dan close deal adalah antara langkah penting yang diajar kepada pelajar apabila berdepan dengan pelanggan. Turut ditekankan bagaimana memecahkan ego pelanggan terutama yang cerewet.

7. Run FB Ads

Tidak perlu tunggu buat di rumah kerana pelajar dikehendaki membawa komputer sendiri agar boleh terus buat di bengkel. Ini juga memudahkan pelajar memahami dengan lebih lanjut tentang FB Ads. Mereka boleh terus bertanya kepada tenaga pengajar apabila berhadapan dengan FB Ads.

Ketujuh-tujuh kesan itu telah diekstrak daripada video-video testimonial di bawah ini. Mereka adalah antara pelajar yang menerima impak positif dari bengkel #DemiSekepingRoti dan dapat ilmu yang lebih mendalam sehingga dapat buat FB Ads dengan lebih berkesan.

Anda tak akan rugi apa-apa jika meluangkan masa ke bengkel ini kerana ia sememangnya percuma buat anda. Jadi apa tunggu lagi, grab a place for you today!