Sedang rancak berniaga online, tetiba pihak Facebook telah ban killer product menyebabkan peniaga ini terduduk kebingungan.

Namun, tanpa melengahkan masa dia terus Google mencari orang yang boleh membantunya dalam permasalahan yang dihadapi.

Dari carian Google, dia menjumpai program Do Re Mi anjuran TRS yang diketuai oleh Mohd Suhaimi dan berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tersentap Puan Shabaneeny Mahmud apabila mendapati program Do Re Me itu tidak sama sekali dengan jangkaannya.

“Selama ini saya tidak pernah hadir mana-mana seminar kerana saya takut ilmu yang saya dapat cuma asas FB Ads yg memang saya dah tahu.”

Siapa Dia Sebelum Ini

Puan Shabaneeny sudah mempunyai asas Facebook Ads yang baik sehingga dapat net profit lebih kurang RM9,000 sebulan. Jualan sebulan pula mencecah RM30,000 sebulan. Ilmu itu dipelajari dari pengasas produk Eliss, Puan Sally.

Namun begitu, dia sebenarnya tidak faham fungsi dan logik setiap item dalam FB Ads itu walaupun telah berniaga online sejak Ogos 2015. Selama ini dia hanya mengikut saja apa yang disuruh oleh Leader. Dia dan suami hanya tahu buat iklan di FB dan jawab PM prospek untuk buat sales.

Disebabkan itu, apabila produk kecantikan Eliss yang dipasarkan olehnya itu telah di ban oleh Facebook, dia jadi buntu kerana itulah killer product dalam bisnes online yang dia jalankan bersama suami.

Apatah lagi 99% saluran pemasaran yang digunakan olehnya adalah melalui Facebook. Dia tidak tahu mengaplikasikan saluran-saluran lain. Malah, dia mengakui tidak tahu bagaimana bisnes online beroperasi.

Kelas DOREME Buka Hati Untuk Berguru

“Sehingga suatu hari, saya cuba masuk page TRS dan saya jumpa FB Sifu Suhaimi. Saya tertarik untuk cuba sedut ilmu daripada beliau memandangkan pada masa itu, produk Eliss bermasalah dengan FB Ads.”

Di program Do Re Me, Sifu Suhaimi mencurahkan ilmu yang dia ada tanpa berselindung. Dia juga memberi respon apabila ada soalan-soalan daripada para peserta. Puan Shabaneeny sangat berpuas hati.

Rentetan daripada pengalaman mengikuti Do Re Me, dia mengambil keputusan untuk berguru dengan Sifu Suhaimi melalui sesi Personal Coaching pula.

Selesai Masalah Jana Lebih Keuntungan

Puan Shabaneeny berani melaburkan sejumlah wang untuk berguru dengan Sifu Suhaimi. Pada waktu itu juga dia telah bersedia untuk meletakkan jawatan pengurus yang disandangnya di public listed company.

Keberanian itu tidak sia-sia apabila permasalahan utama sehingga menyebabkan dia mencari solusi dan berguru itu telah dapat diselesaikan. Killer product dia sudah boleh diiklankan semula. Dia bersyukur dan sangat lega.

Tetapi sesi coaching bersama Sifu Suhami berlanjutan sehingga sesi ketiga walaupun dia  telah dapat menyelesaikan masalah. Ini kerana Sifu Suhaimi percaya Puan Shabaneeny dan suami mempunyai potensi besar meraih lebih keuntungan.

Pada waktu itu Puan Shabaneeny yakin boleh menghasilkan RM20,000 net profit sebulan, Tetapi Sifu Suhaimi telah menekankan dia berpotensi meraih RM90,000 net profit sebulan. Wah! RM90,000 dari RM9,000? Puan Shabini Shabaneeny sendiri tidak yakin dia boleh mencapai angka tersebut.

Lebih Dari Jangkaan

Personal Coaching yang bermula dengan niat menyelesaikan masalah killer product di ban oleh Facebook telah membuka peluang baru kepada Puan Shabaneeny apabila Sifu Suhaimi mahu mengajarnya cara-cara membesarkan empayar bisnes sedia ada.

Selepas 3 kali jumpa dalam sesi personal coaching, Puan Shabaneeny menerima pelbagai ilmu yang dia tidak pernah tahu selama ini.

“Alhamdulillah, saya masih menjadi anak murid dengan upgrade kepada Personal Coaching Gold kerana ilmu yg ada pada sifu, tak boleh habis disedut dalam masa satu hari. Paling best bila saya berjaya pecah rekod jualan hampir RM300,000 pada bulan ogos 2016. Pencapaian yang saya sangat banggakan.”

Keputusan letak jawatan juga berbaloi apabila momentum bisnes menjadi lebih dahsyat lagi. Dia percaya ini semua kerana ada ilmu dan keberkatan dalam berbisnes.

Yalah, sebelum ini kan berniaga semasa waktu kerja. Jadi, itu sudah dikira mencuri masa bekerja hakiki. Apabila berhenti kerja dan fokus pada bisnes, memang terasa kelainannya. Tambahan pula ada dorongan dan tunjuk ajar dari guru bisnes yang benar-benar menjalankan bisnes online.

Kesannya, net profit bertambah dari bulan Mei sehingga Ogos 2016. Net profit paling tinggi yang pernah dicapai adalah pada bulan lepas di mana dia dapat jualan bernilai RM288,000.

Perubahan Yang Membanggakan

Sebelum berguru dengan Sifu Suhaimi, Puan Shabaneeny tiada cara lain yang boleh bantu dia mendapatkan jualan selain menerusi Facebook. Kini dia boleh berbangga apabila dapat menyelesaikan persoalan yang sering bermain di fikirannya dulu.

Dulu dia fikir bolehkah dia sustain sales jika hanya dia dan suami sahaja yang menjawab PM prospek di Facebook dan sampai bilakah dia harus begitu menjalankan bisnes online. Persoalan itu timbul kerana ada masa dia rasa tak larat nak jawab PM prospek.

Selepas hadiri sesi personal coaching Sifu Suhaimi, dia mendapati banyak perubahan yang membantu dia menjalankan operasi bisnes online dengan lebih baik dan menguntungkan.

5 kesan selepas personal coaching Sifu Suhaimi:

1. Faham setiap fungsi yang ada pada Facebook Ads.

“Saya nampak dan faham setiap fungsi kat FB Ads. Kesannya saya boleh tahu dan rasa apa yang boleh dan apa yang tak boleh pada copywriting dan gambar. Saya dapat try dan test untuk tengok efektifnya iklan.”

2. Tahu cara kembangkan bisnes.
“Ada cara lain nak kembangkan bisnes. Cari staff. Dulu saya tak percaya sebenarnya. Bila tambah staff maksudmya tambah kos. Tapi saya buat jer bila sifu suruh cari team PM. Rupanya salah. Tambah staff maksudnya tambah rezeki. Berlipat ganda sales saya naik. Alhamdulillah.”

3. Jadi lebih yakin dengan potensi bisnes.
“Saya dah boleh fikir nak juta-juta. Masa sifu bagitau saya boleh dapat net RM90,000 saya tak percaya sebenarnya. Sales RM300,000 tu macam mimpi jer. Tapi sekarang sales saya average dalam RM150,000. Siapa sangka? So dah start nak bisnes betul-betul. Buat juta-juta dengan proper management system.”

4. Taruhan kos iklan.
“Saya dah tak kisah berapa kos iklan. Yang penting berapa saya close paid. Selagi peratus close paid saya tinggi, saya maintain saja iklan tu.”

5. Jadi inspirasi kepada orang lain.
“Nak buat bisnes online kena visible, kena bagi orang nampak. Sekarang kalau status saya lebih 50 orang akan like even status biasa-biasa. Orang start jadikan saya inspirasi yang mana secara tak langsung saya bantu org lain. Itu niat awal saya masa nak start bisnes.”

Sesungguhnya benar kata Sifu Suhaimi, dengan adanya ilmu, fokus dan tindakan semasa berbisnes pasti ia menghasilkan keuntungan yang luar biasa, menurut Puan Shabaneeny.

“Saya sangat bersyukur dapat berjumpa dengan Sifu.”

Berbisnes juga memerlukan keberanian melaburkan sejumlah wang untuk leverage gerak kerja agar bisnes tidak stagnant. Maka, proper management system amat diperlukan agar bisnes berkembang selari dengan sasaran yang dimahukan.

Back to basic, bergurulah dengan guru yang benar-benar menjalankan bisnes. Bukan sekadar teori, tetapi realiti. Dan fahamilah setiap apa yang dilakukan itu agar boleh mengatur strategi yang lebih baik untuk menguasai pasaran.

Percayalah, jika anda boleh menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan menerusi bisnes, anda berpotensi mendapat ratusan hingga jutaan ringgit apabila bertemu dengan mentor bisnes yang betul.

All the best!