Positioning Di Media Sosial
Instagram di Malaysia
Instagram adalah satu aplikasi telefon pintar yang semakin popular di kalangan remaja masa kini. Berdasarkan maklumat daripada co-founder instagram, Mike Krieger, hampir 60 juta gambar di muat naik setiap hari dan ini menjadikan instagram sebagai salah satu platform media sosial atas talian yang sangat aktif selain youtube dan facebook. Media sosial instagram meletakkan fokus kepada pemasaran jenis gambar dimana gambar-gambar yang menarik akan menarik perhatian pengguna instagram lain untuk “repost” gambar itu di halaman instagram mereka.
Twitter di Malaysia
Twiter adalah media sosial yang membolehkan pengguna menghantar mesej perkataan yang tidak melebihi 140 patah perkataan yang disebut sebagai “tweets” di dunia media sosial atas talian. Twitter diwujudkan pada tahun 2006 dan sehingga kini twitter mempunyai lebih 500 juta pengguna berdaftar. Kita boleh menggunakan twitter sebagai salah satu platform capaian informasi servis atau produk perniagaan kita kepada pelanggan.
Youtube di Malaysia
Youtube adalah salah satu media sosial fokus kepada video. Youtube telah dibeli oleh Google dengan modal berbayar sebanyak USD 1.65 billion. Di youtube semua pengguna boleh akses kepada video yang dimuat naik ke dalam server tidak kira samada yang berdaftar atau yang tidak berdaftar akaun youtube dan ini membuatkan video di youtube lebih mudah dioptimasikan oleh syarikat perniagaan untuk pemasaran media sosial atas talian.
TRS Training & Consultancy Sdn Bhd membantu positioning perniagaan pelanggan di media sosial yang ada seperti facebook, instagram, twitter, website, blog dengan merancang strategi-strategi utama positioning seperti menggunakan blogger, instagram review, model dengan lebih 200 senarai pengkalan data yang kami ada.