Posts

,

9 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA ONLINE SEMASA BUAT FACEBOOK ADS

facebook

9 KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PENIAGA ONLINE SEMASA BUAT PESBUK ADS

1. TIADA #OBJEKTIF

Ramai sebenarnya yang #AbeMie jumpa atau kenal buat pemasaran facebook ads sebab ikut-ikut orang je. Orang cakap facebook ads nie bagus mereka pun nak buat juga tanpa matlamat yang jelas.

.

Mereka yang buat facebook ads tanpa objektif nie, #AbeMie panggil rabun. Nak pergi, tapi tak tahu nak pergi mana. Makanya bawa la kereta tanpa hala-tuju.

.

Bila orang sampai destinasi tepat pada masanya dia jeles dan mula mengelabah.

.

Makanya, apabila kita buat facebook ads, kita wajib jelas objektif dan tujuan kita. barulah kita mudah capai apa yg kita nak. Ramai orang nak UNTUNG? Setuju?

.

2. #USP TIDAK JELAS

Ramai sebenarnya jual produk atau services sebab ikut-ikut orang. Orang jual itu berjaya, dia pun nak jual juga. Tanpa dia kaji terlebih dahulu USP produk itu.

.

Apabila ditanya “Apa USP produk anda?” mereka mengelabah cerita kelebihan-kelebihan produk.

.

Makanya bila USP tidak jelas, buat facebook ads akan kelaut. Orang hanya like je banyak. komen dan wassap kurang.

.

3. #HEADLINE TIDAK MEMUKAU

Headline/ tajuk iklan yang dihasilakan tidak mampu menarik prospek. atau dengan kata lain tidak mampu menjentik EMOSI pelanggan.

.

Kenapa?

.

Sebabnya kita tidak jelas apa USP kita dan siapa PELANGGAN kita.

.

4. GAGAL PILIH #PELANGGAN YANG BETUL

Ramai yang buat ads gagal kenal pasti pelanggan mereka. Pada mereka semua orang di fesbok adalah pelanggan mereka.

.

Dengan budjet yang kecil atau RM10 @ RM33 kita sebenarnya hanya mampu tarik ribuan prospek sahaja.

.

Apa yang kita perlu buat adalah, pastikan dengan modal yang sedikti itu, iklan kita perlu sampai pada sasaran yang betul dan menghasilkan ROI yang positif.

.

Makanya, sebelum buat facebook ads, kita wajib kenal siapa pelanggan kita.

Kenal dari aspek DOMOGRAPHIC, BEHAVIOR dan GAYA MEREKA BERFIKIR.

.

5. GAGAL KENAL PASTI #BEHAVIOR #PELANGGAN

Ramai juga beranggapan pelanggan mempunyai behavior membeli sama seperti mereka.

.

Hakikatnya tidak.

.

Ada pelanggan yang membeli dengan gelojoh.
Ada pelanggan yang akan memilih (option)
Ada pelanggan yang menkaji sangat detail
Ada palanggan yang membeli disebabkan oleh orang lain

.

Makanya kita perlu bijak menarik pelanggan yang mana untuk datang ke kedai kita. Supaya proses closing menjadi lebih pantas dan mudah.

.

6. GAGAL MEMILIH #PHOTO YANG BERKESAN

Biasanya, ramai dikalangan kita bila buat iklan. main belasah je photo. Paling tidak pun mereka pilih photo yang cantik pada mata mereka sahaja.

.

itulah kesilapan yang ketara kenapa Ads kita gagal menarik emosi pelanggan untuk respond atau wassap kita.

.

Apa yang perlu kita buat adalah, dapatkan photo yang mengikut citerasa pelanggan.

Remaja suka photo yang bagaimana
Lelaki suka photo macam mana
Wanita suka photo macam mana
Orang berumur suka photo macam mana

.

Semua itu perlu di ambil kira untuk menghasilkan photo ads yang memberi respond yang tinggi.

 

7. PENGGUNAAN #COPYWRITING YANG TIDAK TEPAT

Ramai dikalangan kita buat facebook ads, menghasilkan copywriting syok utk dibaca sendiri. Sedangkan tidak semua prospek suka membaca copywriting. Ya tidak semua orang suka membaca.

.

Makanya kita perlu bijak dan tahu bila kita nak guna copywriting yang pajang, bila masanya nak guna copywriting yang pendek.

.

Di kelas #DemiSekepingRoti nanti anda akan sedar sebenarnya ada gologan prospek yang tidak membaca copywriting pun.

.

8. #MINDSET NAK ADS MURAH

Ramai yang #AbeMie jumpa, nak ads murah. tapi bila ditanya apa maksud murah mereka gagal menyatakan dengan fakta.

.

tahukah anda, kos ads berbeza-beza mengikut

– NICHE (niche masakanan dan pakaian antara kos yg murah)

– Target Market (makin spesifik ads kita, kos semakin tinggi)

.

kekadang ramai yg cari KOS PER ENGAGMENT murah. bila ditanya berapa sale? jawapanya krik.. krik.. krik..

.

Apa manfaat kepada SALE jika KOS PER ENGAGMENT murah tetapi LIKE sahaja yang banyak?

.

9. TEKNIK #CLOSING LEMAH

Tidak kurang juga mereka yang habiskan banyak masa dengan facebook ads sedangkan bila di diagnosis sebenarnya masalah mereka pada teknik closing dan bukanya ads.

.

Sedih bukan? berbulan-bulan buat split test tanpa hala tuju.

.

Ada masanya bila ads sudah bagus, (pada kami ROI 1:5 sudah memadai dengan faktor ekonomi sekarang).

.

Apa kita perlu buat adalah naikkan ratio closing kita ke paras lebih baik. Ada masanya naikkan Convertion Rate 10% mampu naikkan sale sehingga 60%. (data daripada pelanggan TRS)

.

.

Cukup tak 9 kesilapan di atas. nak lagi?

.

Nak tak kalau luangkan masa bersama #AbeMie dan #AbeMie bantu anda atasi masalah-masalah di atas?

.

Sebab pada 14 atau 15 Januari 2017 TRS adakan BENGKEL FACEBOOK ADS #DemiSekepingRoti lagi selama 14 jam kita akan bersama menyelesaikan pelbagai persoalan di dalam kepala anda..

BOLEH TEMPAH SEAT ANDA SEKARANG di

->> trstraining.com.my/dsrmega
->> trstraining.com.my/dsrmega
->> trstraining.com.my/dsrmega